18 April 2009

UrBan WoOdLanD

Petang smalam rase busan blik keje then pg umh mak coz nanie pjm kete kire konon2 nk amik blik la.. tunggu nani blik then ajak die jalan2.. huhu.. nk tau g mane?? hehe g Tmn Paya Bakau a.k.a URban Woodland atau yg pling snang dan ramai org tau.. TAMAN MONYET.. kui kui kui.. name yg pling komersial.. huhu Fasa 2 dah siap.. huhuh cantekkkk siap ade jambatan gantong lg..

























17 April 2009

Cinta Seorang Lelaki Terhadap Seorang Perempuan

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta ialah:


1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.


3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-meluap.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidakmenumpukan sepenuh perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.


10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat
daripada kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu
kekasihnya dengan sabar.


18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta
perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk
merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup
menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu
bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan







16 April 2009




“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.”


  • "Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki?Cinta umpama kota kristal,indah di penglihatan ,derita di perasaan..."


  • "Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya,tiba-tiba perasaan malu itu hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenranya bahawa kita telah jatuh cinta."


  • "Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata"


  • "Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut yang lama pastikan sembuh selagi Iman terselit di dada."


  • "Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau.Saat bayu berlagu riang,tika itulah cintanya hadir.Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya"


  • "Cinta bukan paksaan.Ia lahir dari dua perasaan.Kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan"


  • "Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan,tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan"


  • "Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang,disaat kita sedang kehilangannya.Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorang terhadap kita disaat kita amat memerlukannya"


  • "Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci.Manakal perasaan cinta yang lahir dari kemesraan persahabatn adalah cinta sejati.Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi,cinta suci atau cinta sejati?"


  • "Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat"


  • "Apakah sebenrarnya cinta itu?Cuba katakan .Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran,dua hati dalam satu debaran."


  • "Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat mengocangkan jiwa."


  • "Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan .Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya cinta jika berkekalan sampai bila-bila..."